Mengenai Karyawan

PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA

Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair. Ia ditubuhkan atas daya usaha Presiden KARYAWAN sekarang, Dato’ Freddie Fernandez dan rakan-rakannya yang lain setelah melihat pelbagai masalah dan kemelut yang menyelubungi industri hiburan dan seni tanahair.

Ini termasuk masalah cetak rompak album, VCD, penguasaan artis luar serta ketiadaan satu persatuan ketika itu yang berfungsi menyatukan para karyawan seni di bawah satu wadah yang kukuh untuk memperjuangkan nasib mereka.

Seterusnya di atas hasil usaha Dato’ Freddie Fernandez, persatuan ini telah menjalankan pelbagai usaha dan sentiasa turun naik ke kementerian-kementerian yang berkenaan untuk menangani hal-hal berkaitan dengan artis dan industri hiburan tanahair.

KARYAWAN yang kini dianggotai oleh lebih 3,000 orang ahli dari kalangan artis, pekerja industri hiburan, dan sebagainya dapat menjadi salah satu payung bagi insan seni berteduh. Kini KARYAWAN giat menjalankan aktiviti kebajikan seperti mengumpul dana untuk membiayai skim pencen bulanan bagi 26 artis veteran dan hilang upaya yang memerlukan bantuan di samping banyak terlibat membantu para ahlinya yang mengalami pelbagai kesulitan. Usaha murni yang tidak putus-putus saban hari ini menjadikan Karyawan sebagai sebuah persatuan yang paling aktif kini di dalam membantu para pengkarya tempatan.

MISI DAN OBJEKTIF

Penubuhan Persatuan Karyawan Malaysia ialah didasari dengan beberapa hasrat untuk mencari penyelesaian beberapa masalah yang dihadapi oleh industri hiburan tanahair. Antaranya :-

  • Kekurangan saluran rasmi di peringkat kerajaan
  • Masalah tiada peluang pekerjaan bagi ahli muzik, penyanyi dan pelakon.
  • Kurangnya aktiviti mencungkil bakat-bakat baru.
  • Ketiadaan perancangan kewangan jangka panjang seperti EPF.
  • Ketiadaan perkhidmatan menjaga kebajikan khusus untuk para penggiat seni
  • Kekurangan latihan profesional dan pembelajaran.
  • Kekurangan pengetahuan pengurusan.
  • Kekurangan perlindungan hak artis.

STRUKTUR ORGANISASI

Persatuan Karyawan Malaysia kini ditunjangi oleh beberapa individu daripada pelbagai disiplin seni yang mewakili pelbagai bidang berkaitan yang mana pelantikan mereka adalah hasil pemilihan yang diadakan dikalangan ahli. Berikut adalah senarai para ahli jawatankuasa bagi sessi yang terkini.

PEMIMPIN KARYAWAN 2010

Presiden
Freddie Fernandez

Timbalan Presiden
Radhi Khalid

Bendahari
Mazin Siraj

Setiausaha Agung
Datin Paduka Julie Sudiro

Barisan Ahli Jawatankuasa

Biro Artis Veteran
Datuk Sarimah Ahmad


Biro Agama
Syed Mahadi

Biro Nasyid
Nazrey Raihan


Biro Kebudayaan
Raihan Suleiman Palestin

Biro Penyanyi
Dato’ Salwa Abdul Rahman


Biro Deejay
Noramin Moshi Moshi


Biro Pemuzik Kelab
Satiman

Biro Kesenian
Yazid


Biro Artis India
Gana

Biro Artis Cina
Angeline Wong


Biro Sukan
Yantzen


Biro Muda
Dayang Nurfaizah


Biro Komposer
M.Nasir


Biro Skrin
Shamsul Ambia Mat Daud

Pengerusi Negeri Melaka
Yalal Abu Achin @ Yalal Chin

Pengerusi Negeri Pahang
Syed Indera Syed Omar

Pengerusi Negeri Johor
Esa Ayob

Pengerusi Negeri Pulau Pinang
Shunmugam a/l Arumugam

Pengurus Karyawan
Ahmad Abdullah

INSENTIF KARYAWAN KEPADA PENGGIAT SENI (PENCEN)

Persatuan Karyawan Malaysia sememangnya telah banyak menjalankan pelbagai bentuk bantuan semenjak penubuhannya, terutamanya bagi mereka-mereka yang mengalami pelbagai musibah dan kesulitan. Persatuan ini juga merupakan satu-satunya persatuan yang mewujudkan Skim Pencen kepada para penggiat seni veteran, hasil dari inisiatif Presiden Karyawan sekarang, Dato’ Freddie Fernandez. Kami sentiasa bersedia membantu para ahlinya sama ada bantuan berbentuk kewangan, khidmat perundangan dan sebagainya sekaligus menjadikan persatuan ini sebagai payung tempat berteduh para insan seni yang paling releven di kala ini.

Memandangkan kami merupakan sebuah NGO bebas yang tidak mendapat peruntukan daripada mana-mana pihak, kami sentiasa berusaha untuk mengumpul dana melalui pelbagai ikhtiar terutamanya melalui penganjuran acara, bagi menampung pelbagai kos seperti pengurusan dan juga bayaran pencen berjumlah RM 500 seorang kepada para ahli veteran yang layak. Berikut adalah senarai penerima pencen bulanan kami:-


1-Jamaludin Sulik (Seri Bayu)


2-Samsudin b. Mandak (MY Samsudin)


3-Fatimah Omar (Latifah Omar)


4-Zaiton Sameon


5-Mohd Rajoli @ Mohd Rajab b. Mohamed Zin (M.Rajoli)


6-Kuswadi b. Bujang (Kuswadinata)

7-Sinnapan A/L Mariadass


8-Goh Eng Boon (Andre Goh)


9-Juariah bt Radin Sudiro (Datin Paduka Julie Sudiro)


10-Ramli b. Mohamad (Pak Limra)

11-Sarangabanie A/L Vaithilingam (V. Sarangabanie)


12-Sarimah bt Ahmad (Datuk Sarimah)


13-Mariam @ Mariani bt. Ismail (Mariani)


14-Samsudin b. Lamin (Samsudin Lamin)

15-Yusop Mat Said (Yusof Chong)


16-Kesuma Booty b. Booty Jacobs (Kesuma Booty)


17-Abdul Hamid b. Ab Rahman (Hamid Gurkha)

18-Lai Kwan Yoon (Lai Meng)

19-Raja Hamidah


20-Muhammad Daud b. Kilau (Datuk M.Daud Kilau)


21-Aspah Lelah bt.Abdullah (Aspalela)


22-C.L Yahaya b. Loong (Datuk Yahya Sulong)

23-Mohamed Sani @ Mat Sani Pandak Tak (Sani Ahmad)

24-Aminah @ Mimi Loma bt Ismail (Mimi Loma)

25-Rominah bt Sidek (Mak Mah)

26-Paranthaman A/L G.Ragavadass

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s