Sessi Penerangan Dasar Wajib Siar dan Penerangan Berhubung Dana Pembiayaan Industri Kreatif kepada Penggiat Seni

Isu wajib siar yang dilaksanakan mulai 1 Mac yang lalu sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, telah menimbulkan pelbagai polemik pro dan kontra di kalangan penggiat seni mahupun badan-badan penyiar. Walaubagaimanapun ianya merupakan satu rahmat bagi para penggiat seni tempatan yang sebelum kini mengalami pelbagai masalah didalam memasarkan produk-produk mereka ke telinga pendengar akibat birokrasi yang berlaku sehingga seolah-olah dianaktirikan di bumi sendiri. Hal ini telah lama diperjuangkan oleh Karyawan, bermula dengan resolusi 90-10 dan seterusnya pihak kami telah mencadangkan saranan WAJIB SIAR ini sebagai penyelesaiannya sehingga perkara ini diterima baik oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri Datuk Seri Utma Dr Rais Yatim. Pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada pihak kami , di tuduh orthodok, anti globalisasi serta ntah apa-apa tuduhan yang kurang rasional akibat saranan-saranan kami ini memberi kesan yang amat besar kepada pihak berkepentingan yang tidak punyai timbang rasa situasi menang-menang diantara pengkarya dan para peniaga berjiwa neo kapitalis. Dengan demikian pihak kami akan mengadakan satu sessi penerangan kepada para pengkarya tempatan  tidak mengira mereka sudah punyai album atau baru bercadang untuk menghasilkan album. Butir butir perhimpunan tersebut yang dijangka hadir oleh ramai penggiat muzik tanahair adalah seperti berikut : 16 haribulan March (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Pawagam mini P.Ramlee, FINAS Hulu Klang. Ianya satu sessi untuk menerangkan kepada mereka bagaimana lagu-lagu mereka akan diwajib siarkan oleh pihak penyiar swasta dan kerajaan meliputi kriteria, kualiti serta format dan juga lain-lain perkara penting serta mendengar cadangan dan pandangan mereka tentang tindakan yang harus diambil untuk martabatkan lagi industri muzik tanahair. Disamping itu juga pada hari tersebut, satu sessi penerangan mengenai bagaimana para pengkarya tempatan yang ingin memohon Dana Industri Kreatif Kerajaan melalui BSN lanjutan dari pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23hb Oktober 2009, yang mana telah tersedia  sebanyak RM200 juta dana telah diperuntukkan sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem, muzik, animasi, pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Ini merupakan satu peluang yang amat baik bagi menyokong segala perancangan mereka yang seharusnya memerlukan dana secukupnya .

Kedua-dua perkara ini nescaya bakal membantu survival para aktivis-aktivis seni yang benar-benar ingin menjadikan seni sebagai bidang kerjaya mereka . Pihak kami amat-amat berharap kehadiran mereka ke sessi ini, sama ada mereka artis lama atau baru, solo mahupun berkumpulan multi genre dan etnik. Ini adalah peluang dan hak anda, jangan sia-siakan…

This entry was posted in berita karyawan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s