Pertandingan Futsal Karyawan Warisan 2010

Setelah lelah berperang dan bertempur dengan pelbagai isu demi memperjuangkan nasib para aktivis seni tempatan, kini tiba pula giliran bagi Karyawan untuk beriadah dan rehlah, melepaskan penat dan lelah.

Bertarikh 4 April 2010, bermula jam 9.00 pagi, di gelanggang De Stadium Sport Center, Subang Jaya , Karyawan dengan kerjasama Saudara Aizul Rohan, yang juga merupakan AJK Biro Guaman Karyawan akan mengadakan satu pertandingan Futsal secara terbuka kepada masyarakat awam dan juga kategori Jemputan yang bakal melibatkan para selebriti tanah air dengan tawaran hadiah yang agak lumayan. Bagi kategori Terbuka Lelaki hadiah-hadiah berjumlah RM5000 bagi tempat pertama, RM2000 bagi tempat kedua, RM1000 bagi tempat ketiga dan RM500 bagi tempat keempat beserta dengan hamper bagi setiap pemenang. Pelbagai hadiah istimewa juga disediakan bagi kategori jemputan yang bakal melibatkan penglibatan selebriti dan media.

Bagi Kategori terbuka ini yuran penyertaan RM200.00 akan dikenakan kepada setiap pasukan dan penyertaan pula hanya akan melibatkan 70 pasukan sahaja. Bagi pasukan jemputan akan membariskan pasukan lelaki dan wanita dikalangan selebriti dan juga pihak media di mana Karyawan akan membuat jemputan secara terus kepada mereka.

Ini merupakan di antara aktiviti yang bakal merapatkan lagi Persatuan Karyawan Malaysia dengan masyarakat awam berbilang kaum dan juga merupakan aktiviti sihat yang digerakkan oleh Biro Sukan Karyawan yang diterajui oleh Salwa Abdul Rahman, Yantzen, Asheed Def Gab C, Radhi OAG dan lain-lain yang sememangnya mengamalkan kehidupan yang cergas dan aktif didalam hidup mereka. Kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk penajaan bagi dari mana-mana pihak yang berminat untuk memeriahkan lagi program ini yang dijangka akan dihadiri lebih seribu orang .

Untuk sebarang pertanyaan mengenai acara ini bolehlah menghubungi secara terus pejabat Karyawan di Talian 03-79552967 / 79606459 (Sharlinda) / 013 3837881(Saiful) ataupun saudara Zaki di talian  010 2134677. Borang Penyertaan boleh di muat turun di laman web ini dan juga di http://www.destadium.com

Advertisement
Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi Program Akreditasi Artis Tempatan Dalam Bidang Seni Persembahan

22 Februari 2010

FINAS,Hulu Kelang

Bertempat di studio Sound Stage FINAS,Majlis Penyampaian Sijil Program Akreditasi Artis Tempatan Dalam Bidang Seni Persembahan telah diadakan dengan jayanya. Program yang telah bermula sejak setahun yang lepas,kini telah membuahkan hasilnya, dimana ianya sememangnya melahirkan para artis yang lebih berkaliber didalam memenuhi pasaran artis hotel dan kelab diseluruh tanah air.

Program yang diusahakan oleh pihak KPKK dibawah naungan YB Dato’ Mohammed Mohd Daud selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)  KPKK dengan cetusan idea dasar awalnya oleh Presiden Karyawan,Dato’ Freddie Fernandez,  dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti kerja artis tempatan dalam bidang seni persembahan menerusi modul-modul khas yang disediakan . Ianya juga menjadi landasan untuk melahirkan penghibur berprestij serta mempunyai tahap ISO tersendiri setaraf dengan artis hotel dan kelab profesional dan antarabangsa yang lain .

Upacara penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri KPKK di mana lapan peserta telah menerimanya iaitu Chemistry,D’arts,Havoq,Tony Soliano,Sons of Adam,Skyhigh,Guess Who Band dan  Sweet Sensation.Acara ini juga turut di serikan dengan pertunjukkan hebat dan menghiburkan dari empat artis yang memperolehi kelulusan cemerlang iaitu Chemistry , D’art , Havoc dan Tony Soliano .

Pelaksanaan program bagi fasa kedua akan diteruskan dalam masa terdekat dan Karyawan telah menerima penyertaan dari beberapa lagi artis. Para artis hotel dan kelab yang ingin turut serta menyertai program ini boleh menghubungi terus talian pejabat untuk sebarang maklumat terkini.

Bertempat di studio Sound Stage FINAS,Majlis Penyampaian Sijil Program Akreditasi Artis Tempatan Dalam Bidang Seni Persembahan telah diadakan dengan jayanya. Program yang telah bermula sejak setahun yang lepas,kini telah membuahkan hasilnya, dimana ianya sememangnya melahirkan para artis yang lebih berkaliber didalam memenuhi pasaran artis hotel dan kelab diseluruh tanah air.

Program yang diusahakan oleh pihak KPKK dibawah naungan YB Dato’ Mohammed Mohd Daud selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)  KPKK dengan cetusan idea dasar awalnya oleh Presiden Karyawan,Dato’ Freddie Fernandez,  dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti kerja artis tempatan dalam bidang seni persembahan menerusi modul-modul khas yang disediakan . Ianya juga menjadi landasan untuk melahirkan penghibur berprestij serta mempunyai tahap ISO tersendiri setaraf dengan artis hotel dan kelab profesional dan antarabangsa yang lain .

Upacara penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,Menteri KPKK di mana lapan peserta telah menerimanya iaitu Chemistry,D’arts,Havoq,Tony Soliano,Sons of Adam,Skyhigh,Guess Who Band dan  Sweet Sensation.Acara ini juga turut di serikan dengan pertunjukkan hebat dan menghiburkan dari empat artis yang memperolehi kelulusan cemerlang iaitu Chemistry , D’art , Havoc dan Tony Soliano .

Pelaksanaan program bagi fasa kedua akan diteruskan dalam masa terdekat dan Karyawan telah menerima penyertaan dari beberapa lagi artis. Para artis hotel dan kelab yang ingin turut serta menyertai program ini boleh menghubungi terus talian pejabat untuk sebarang maklumat terkini.

Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

Sessi Penerangan Dasar Wajib Siar dan Penerangan Berhubung Dana Pembiayaan Industri Kreatif kepada Penggiat Seni

Isu wajib siar yang dilaksanakan mulai 1 Mac yang lalu sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, telah menimbulkan pelbagai polemik pro dan kontra di kalangan penggiat seni mahupun badan-badan penyiar. Walaubagaimanapun ianya merupakan satu rahmat bagi para penggiat seni tempatan yang sebelum kini mengalami pelbagai masalah didalam memasarkan produk-produk mereka ke telinga pendengar akibat birokrasi yang berlaku sehingga seolah-olah dianaktirikan di bumi sendiri. Hal ini telah lama diperjuangkan oleh Karyawan, bermula dengan resolusi 90-10 dan seterusnya pihak kami telah mencadangkan saranan WAJIB SIAR ini sebagai penyelesaiannya sehingga perkara ini diterima baik oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri Datuk Seri Utma Dr Rais Yatim. Pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada pihak kami , di tuduh orthodok, anti globalisasi serta ntah apa-apa tuduhan yang kurang rasional akibat saranan-saranan kami ini memberi kesan yang amat besar kepada pihak berkepentingan yang tidak punyai timbang rasa situasi menang-menang diantara pengkarya dan para peniaga berjiwa neo kapitalis. Dengan demikian pihak kami akan mengadakan satu sessi penerangan kepada para pengkarya tempatan  tidak mengira mereka sudah punyai album atau baru bercadang untuk menghasilkan album. Butir butir perhimpunan tersebut yang dijangka hadir oleh ramai penggiat muzik tanahair adalah seperti berikut : 16 haribulan March (Selasa) jam 2.30 petang bertempat di Pawagam mini P.Ramlee, FINAS Hulu Klang. Ianya satu sessi untuk menerangkan kepada mereka bagaimana lagu-lagu mereka akan diwajib siarkan oleh pihak penyiar swasta dan kerajaan meliputi kriteria, kualiti serta format dan juga lain-lain perkara penting serta mendengar cadangan dan pandangan mereka tentang tindakan yang harus diambil untuk martabatkan lagi industri muzik tanahair. Disamping itu juga pada hari tersebut, satu sessi penerangan mengenai bagaimana para pengkarya tempatan yang ingin memohon Dana Industri Kreatif Kerajaan melalui BSN lanjutan dari pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23hb Oktober 2009, yang mana telah tersedia  sebanyak RM200 juta dana telah diperuntukkan sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem, muzik, animasi, pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Ini merupakan satu peluang yang amat baik bagi menyokong segala perancangan mereka yang seharusnya memerlukan dana secukupnya .

Kedua-dua perkara ini nescaya bakal membantu survival para aktivis-aktivis seni yang benar-benar ingin menjadikan seni sebagai bidang kerjaya mereka . Pihak kami amat-amat berharap kehadiran mereka ke sessi ini, sama ada mereka artis lama atau baru, solo mahupun berkumpulan multi genre dan etnik. Ini adalah peluang dan hak anda, jangan sia-siakan…

Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

“BAND AID FOR HAITI” – Program Amal Bagi Kutipan Dana Kemanusiaan Untuk Pembangunan Mangsa Gempa Bumi Haiti , Kerjasama Antara 2CRANK.COM Dan KARYAWAN

19 Februari 2010

Laundry,The Curve

2Crank.com , yang merupakan sebuah portal muzik digital telah mengadakan satu program usahasama diantara Persatuan Karyawan Malaysia bagi menjayakan satu konsert amal untuk mengutip dana yang bakal disalurkan kepada Tabung Pembangunan Haiti pada 6 hb March 2010 bertempat di Laundry , The Curve , Mutiara Damansara bermula jam 2.00 tengahari sehingga 8.30 malam. Program muzikal ini akan di serikan dengan pelbagai artis dan selebriti terkemuka dari pelbagai genre.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak UNICEF dan Mercy Malaysia , yang juga merupakan badan yang akan meraih kutipan ini. Beberapa badan swasta yang turut membantu bagi menjayakan Program ini ialah Bentley Music, Red Bull, Rip Curl, Ruumz.com, Nuffnang, Rentak Sejuta, Junk Magazine, Genting Berhad and Laundry Bar sebagai penaja lokasi.

Badan-badan swasta yang lain turut dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini dimana mereka boleh menaja setiap artis yang bakal membuat persembahan dengan sumbangan RM 3,000.00 bagi setiap aksi. Diantara artis-artis yang telah mengesahkan penglibatan mereka ialah Maya Karin , Amylea AF ,  RadhiO (OAG) , Awanband,  Republic Of Brickfield , Saturnine ,  Sharinband, Flamboyant dan beberapa lagi artis hebat yang bernaung dibawah 2crank.com seperti Johny Comes Lately, Zul King, Cynosure, An Honest Mistake dan sebagainya.

Para Pengunjung yang hadir di konsert ini juga boleh turut serta menyumbang dimana kami bakal menyediakan satu tabung khas di lokasi konsert tersebut.

Pihak kami amat-amatlah mengalu-ngalukan sebarang sumbangan ataupun penajaan bagi menjayakan konsert ini . Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke diatas nama , Persatuan Karyawan Malaysia , Akaun Maybank: 5122-3133-8338 . Untuk sebarang pertanyaan bagi penajaan ataupun sumbangan bagi program ini sila hubungi Izzy atau Pauline di talian  03-7726-0077 begin_of_the_skype_highlighting              03-7726-0077      end_of_the_skype_highlighting , email : HaitiRelief@2crank.com ataupun layari http://www.2crank.com .

Pihak 2CRANK.COM dan Karyawan amat-amatlah mengharapkan kehadiran ramai anggota masyarakat dana badan-badan swasta bagi menjayakan program amal ini . Kehadiran dan sumbangan anda nescaya sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban insan-insan malang di Haiti.

Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

Karyawan Taja Ahli Untuk Kursus Masterclass

25 Januari 2010 : Sidang Media Bersama Ahli Karyawan yang di taja oleh Karyawan untuk mengikuti kursus masterclass Lakonan di FINAS

Sememangnya ilmu adalah satu perkara yang amat luas dan bagai tiada penghujungnya untuk terus dituntut. Walau sebanyak mana pengalaman dan ilmu yang dimiliki namun masih banyak lagi yang harus dipelajari.

Menyedari hakikat ini beberapa pelakon-pelakon hebat dan berpengalaman tanah air telah dihantar oleh pihak Karyawan untuk menyertai satu kursus ”  Master Class Acting “ anjuran FINAS yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari UK , Peter Dineen yang sebelum ini amat berpengalaman didalam bidang pengarahan filem serta telivisyen antarabangsa.

Seramai 10  orang pelakon menyertai kursus selama empat hari yang ditaja oleh Karyawan diketuai Timbalan Presiden Karyawan , Radhi Khalid, Sabrina Hassan , Joanna bessey, Soosan Hoh , Peggy Ng , Intan Khairani , Jegen , Iqbal , Megat Sharizal dan Brian Mcintyre .

Ini merupakan diantara aktiviti yang dijalankan oleh Biro Pelakon yang kini terus menyusun pelbagai langkah seterusnya untuk memperbanyakkan aktiviti dari masa ke semasa.

Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

Konsert Hari Wilayah 2010

1 Feb 2010: Sambutan Hari Wilayah

Tidak seperti sebelum ini , seringkali sambutan Hari Wilayah disambut pada siang hari 1 haribulan Fabruari  , namun sesuatu yang istimewa kali ini , pelbagai acara diadakan pada 31 Januari sehingga ke ambang 1 Februari dengan satu sambutan gilang gemilang yang disertai dengan pertunjukkan bunga api sebagai klimaknya.

Seperti biasa , pihak Pengurusan Acara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terus bekerjasama dengan pihak Karyawan untuk merealisasikan acara persembahan yang disertai oleh barisan artis popular yang terdiri daripada nama-nama hebat seperti Mila AF , Aliyah , Dato’ M. Daud Kilau , Marsha . 6th Sense dan lain-lain yang dijayakan dengan iringan orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kehadiran penonton yang amat memberangsangkan.

Selamat Hari Wilayah kepada semua!!

Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

Konsert Ambang Ambank 2010 Meriah

31 Desember 2009 MENJELANG 2010

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya , Persatuan Karyawan Malaysia terus diberi kepercayaan untuk menyelenggarakan konsert terbesar bagi menyambut tahun baru iaitu Konsert Ambang Ambank 2010 tajaan Kumpulan Ambank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Konsert yang membariskan nama-nama besar seperti Amy Search , Ella , Hujan , Bunkface serta persembahan dari artis berbilang bangsa seperti Sivakumar , Goldkartz , Iqwal dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum ini melihatkan kehadiran lebih 80,000 orang memenuhi Dataran Merdeka. Ianya dijayakan sebaiknya sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dalam kaadaan yang amat meriah dan ceria , sesuai dengan motto pihak penaja “Let Us make You Smile “ . Pihak karyawan ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan yang diberi oleh pihak Ambank Group bagi menyelenggarakan konsert ini terutamanya kepada Tan Sri Dato’ Azman Hashim selaku Pengerusi Ambank dan juga Tuan Syed Anuar Syed Ali , Pengarah Hubungan Awam Kumpulan AmBank dan lain-lain serta Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diatas penganjuran konsert ini. Terima kasih semua , semoga tahun ini lebih gemilang untuk kita semua hendaknya ..Amin

Posted in berita karyawan | Tinggalkan komen

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Komen